X

X

Sabtu, 20 Oktober 2012

Cara Bermain Kord Gitar

Mula-mula korang perlu tahu membaca kord gitar dan cara bermain kord gitar. Di bawah aku akan terangkan bagaimana caranya. Aku ambil contoh kord C.

contoh kord C

Nombor 1,2,3 dan 4 mewakili setiap jari. Simbol "0" adalah tali yang tidak perlu meletakkan jari tetapi perlu dipetik semasa bermain kord. Simbol "X" pula adalah tali yang tidak perlu dipetik.

Cara bermain kord C adalah letakkan jari 1 di tali 5 di fret 1, jari 2 di tali 3 di fret 2 dan jari 3 di tali 2 di fret 3. Jika korang ada gitar sekarang, korang akan nampak rupa sebenar kord C seperti di atas.

Kemudian petik dari tali 2 hingga ke tali 6. Korang akan dapat mendengar bunyi sebenar kord C yang merdu :)

Untuk kord gitar yang lain, caranya sama seperti di atas.

7 Kord Major 7 Kord Minor

7 kord major dan minor adalah asas kepada kord gitar. Jika korang dapat hafal 7 kord major dan minor ini bermakna korang dah boleh bermain kebanyakkan lagu melayu.

7 kord gitar minor major

Banyak lagi kord gitar yang korang kena tahu tapi 7 kord minor dan major ini pun dah ok. Untuk kord gitar lain korang boleh rujuk di dalam panduan gitar.

Cara mudah menghafal kord gitar

Susah menghafal kord gitar adalah perkara biasa. Aku tak pernah jumpa lagi orang yang dapat menghafal ke semua kord gitar dalam masa satu hari. Jika ada, orang itu memang seorang yang genius :)

Cara cepat menghafal kord gitar adalah membuat latihan berulang-ulang. Latihan gitar ibarat membuat latihan matematik. Makin kerap korang berlatih makin cekap korang bermain gitar.

Cara aku untuk menghafal kord gitar adalah berlatih dengan memainkan sebuah lagu yang menggunakan kord yang mudah. Contohnya lagu Ella & Korie, Pergilah Sayang

kord gitar pergilah sayang

Korang perasan tak kord lagu ini menggunakan kord yang berulang-ulang. Ini lah cara yang terbaik untuk menghafal kord gitar.

Selepas korang menguasai lagu ini cuba cari lagu lain yang menggunakan kord gitar yang berlainan.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar